Wednesday 7 December 2011

buat bakal cinta pertamaku dan terakhir

buat bakal cinta pertamaku...
misteri kewujudanmu masih membelenggu aku
terkadang aku bertanya apakah ada diciptakan pasangan untukku
jikalau ada, kenapa pencarian ku masih menemui jalan buntu
namun akhirnya aku tersedar yang Pencipta-ku lebih tahu...

buat bakal cinta pertamaku....
kehadiranmu sekian lama kutunggu
kuyakin kamu ada disuatu penjuru
cuma takdir dan waktu yang akan membawa kamu
untuk bertemu dengan diriku..

>aku trlalu syg n cnte kamo<


buat bakal cinta pertamaku...
ternyata jalan untuk bertemu mu sangat panjang dan berliku
tetapi tidak akan sekali-kali aku berputus asa dan menjadi beku
aku berharap bila kelak engkau aku temui di penjuru itu
engkau akan meyakinkan aku bahawa engkaulah yang satu
dan bahawa engkaulah yang tercipta untukku

buat bakal cinta pertamaku....
kau ditakdir menjadi cinta pertamaku...
dan aku berjanji kau akan menjadi cinta terakhirku...
itulah harapan besar dariku buatmu!

>ini yg ku impi an<

buat bakal cinta pertamaku....
ada sesuatu yang aku ingin engkau tahu
walaupun kau cinta pertamaku...
tetapi ada insan lain yang pernah aku sayang dan rindu
cuma perasaan itu tidak mekar menjadi cinta yang jitu...

Jangan khuatir cinta pertamaku.....
kerana perasaan itu tidak sehebat cintaku padamu
kau anugerah Allah dalam kehidupanku
kau hadir diatas ketentuannya untuk menemani aku!
terimalah nukilanku wahai bakal cinta pertama dan terakhirku... 




 >terlalu brmkne kau d aty ku<

 ~syah ttap mlik scha~





No comments:

Post a Comment