Wednesday 7 December 2011

aku pegang tangan mu

Kerana aku manusialah aku mampu menapak rindu
biar jauh ia menjadi sebuah coret kaku
atau dekat ia menjadi suam bagaikan pelukan
aah rindu ini mana datang?
seakan tidak mampu tercapai tangan
atau bagai melihat jauhnya awan

Kalaulah aku bidadari
mahu aku melihat syurga indah sekali
supaya tenang hati ini
dan terbang tinggi layang-layang walau tanpa tali
kerana aku tahu mana kamu, mana aku mampu mencari

>cinte hanye tok mu<

Pegang tangan kamu
biar telapaknya basah seakan tiada jemu
aku akan tetap pegang tangan kamu
biar walau ada terhalang sejuta karut cerita duka
aku akan tetap pegang tangan kamu
kerana kamu matahari aku
dan aku ialah suria cantik milikmu

Kadang kala sukar untuk memahami rindu
kita berkisah dalam senyum dan ketawa tanpa jemu
bercerita lagi, dan lagi sehingga serasa hairan di hati
akukah ini? berkisah pada kamu tanpa henti
sedang aku fitrahnya amat pendiam sedari azali

Kerana itu aku akan tetap pegang tanganmu
biar telapaknya basah meruntun rindu
biar ada senyum dalam debar yang bertandang
namun aku tetap ada dekatmu malam dan siang

Aku pegang tangan kamu
kerana aku tahu rindu
dan kerana kamu tahu bicara hatiku. 



 >jika ini kesudahan cinte kite<
 ~sgale2 nye buat mu sygss~
mohd syawal

No comments:

Post a Comment